Friday, August 23, 2013

Perkhemahan


Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.

Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum manjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.

OBJEKTIF PERKHEMAHAN

  • Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar.
  • Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab.
  • Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar.
  • Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka.
  • Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan.
  • Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik.
  • Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan.
  • Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.
  • Memupuk sikap berani di kalangan peserta.
  • Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta.
  • Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN

  • Berdikari dan ikhtiar hidup.
  • Mengamalkan kebersihan.
  • Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan.
  • Merancang segala aktiviti dan keperluan.
  • Cergas dan yakin pada diri sendiri.
  • Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan.
  • Menghilangkan tekanan.
  • Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah.
  • Mengelakkan daripada gejala sosial yang tidak sihat. 
  • Bekerjasama.

KOMPONEN-KOMPONEN PERKHEMAHAN 

JENIS-JENIS KHEMAH 

Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah: 
• Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang
• Khemah ‘A’ berhelaian 
• Khemah pengembaraan
• Khemah satu tiang
• Khemah bentuk dinding
• Khemah Ridge dua tiang
• Khemah wagon
• Khemah dome
• Khemah igloo
• Khemah berangka

PEMILIHAN KHEMAH

Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah:

  • Perlindungan
  • Keselesaan
  • Kalis air
  • Tahan lasak
  • Ukuran 


PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:

  • Tanah atau tapak yang rata
  • Corak tapak perkhemahan
  • Berhampiran punca air 
  • Tapak yang lebih tinggi dari punca air
  • Mudah untuk mendapat bantuan
  • Mudah untuk mendapat bahan bakar
  • Keselamatan kawasan perkhemahan 
  • Jangkamasa perkhemahan
  • Bilangan peserta perkhemahan 
  • Alam Persekitaran


PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH

• Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )
• Terlindung dari angina
• Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai 
• Mempuyai pandangan persekitaran yang menarik ( soronok, lapang,dan 
terhibur apabila melihatnya ).
• Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan 
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
• Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan.

No comments:

Post a Comment