Friday, August 23, 2013

KAYAK

KAYAK & KANU



Kayak pada masa kini dikategorikan dalam pelbagai jenis dengan bahan daripada kayu, plastik, gentian kaca, gentian karbon dan kerangka aluminium yang sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan rekreasi dan ekstrim.Selain menjadi pilihan untuk aktiviti bersantai di tengah tasik, terdapat juga pelbagai jenis kayak untuk sukan air iaitu kayak laut, kayak whitewater(atau kayak sungai), kayak luncur ombak, kayak polo dan kayak lumba.
.

Saiz kayak K1 ialah sepanjang 5.2 meter(17 kaki) manakala, K2 pula sepanjang 6.2meter

Perbezaan Kayak dan Kanu

Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.
Kanu
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.

Anatomi Kayak




Bow (hadapan)

Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.

Stern (belakang)

Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.

Deck (bahagian geladak atas)

Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

Toggles

toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.

Cockpit (ruang legar tempat duduk)

Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.

Coaming

Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

Seat (tempat duduk)

Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. 

Footrest (tempat rehat kaki)

Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. 

Hull

Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

Keel

jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang  timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

Hatches (tempat ruang simpan barang)

Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.


Anatomi Pendayung



Alatan


  1. Kayak
  2. Jaket keselamatan
  3. ‘ Dinghy ‘ atau peralatan
  4. Kotak / alatan peralatan cemas


Langkah-langkah keselamatan

  • Digalakkan sistem berpasangan ‘buddy system’ lelaki dan perempuan dan
tahap kebolehan berkayak serta berenang.
  • Memastikan setiap peserta dan jurulatih sendiri untuk memakai jaket
keselamatan pada setiap masa sewaktu berada di kawasan perairan.
  • Ikatan jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang betul dan kuat
supaya jaket keselamatan tidak terlepas daripada badan para peserta sewaktu
berada dalam air.Ini membahayakan dan boleh membawa maut.
  • Elakkan daripada mendekati batu karang, ‘whirpool’, ‘tide’, ‘rips’, kapal,
perahu dan lain-lain.Beritahu seseorang bila dan kemana anda tuju.
  • Peralatan ( penyediaan kayak,bot dan kelengkapan)
  • Pemeriksa ‘buoyancy’ atau ‘air bags’ dalam kayak.
  • Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan sempurna sebelum dibawa ke laut.
  • Bawa ‘repair kit ‘,alat-alat keselamatan/survival seperti tali,tiub kereta dibawa bersama.
  • Bot penyelamat ‘dinghy’ perlu ada untuk mengawasi keselamatan peserta.
  • Bawa kotak pertolongan cemas.
  • Pastikan bilangan kayak,pendayung dan jaket keselamatan mencukupi.


No comments:

Post a Comment