KERTAS KERJA :
PROGRAM PERKHEMAHAN KELAB REKREASI (HSM225)
KE SEDIM,KULIM PADA 22-24 OGOS 2013
DISEDIAKAN OLEH:
- SITI FARIDAH BINTI MANSOR
- NUR HIDAYAH BINTI SHARUDIN
- NURLIYANA BINTI MOHD NOOR
- KHAIRUNNISA BINTI SHAMSURI
PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Kelab Rekreasi, UITM Kedah ke Sedim,Kedah terdiri daripada 24 orang pelajar dan 3 orang pensyarah.Matlamat kelab rekreasi ini diperkenalkan di UITM Kedah adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam aktiviti lasak, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kawasan-kawasan hutan serta hidupan yang terdapat di sekitarnya.
Dalam usaha mencapai matlamat ini, Kelab Rekreasi mengambil inisiatif untuk mengadakan perkhemahan ke Sedim,Kulim bagi menarik minat pelajar-pelajar UITM Kedah dalam menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Oleh yang demikian,Tree Top Walk Sedim,Kulim menjadi destinasi pilihan kerana terdapat tempat yang sesuai untuk manjalankan aktiviti perkhemahan ini serta memberikan pengalaman baru.
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN
Tarikh : 22-24 Ogos 2013
Masa : 7.30 pagi – 7.30 malam
Tempat :TREE TOP WALK SEDIM,KULIM
OBJEKTIF LAWATAN
- Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar dalam mempelajari kehidupan flora dan fauna.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan pelajar yang cintakan alam semula jadi
- Melahirkan pelajar yang berdikari.
PENGURUSAN PERKHEMAHAN
Penubuhan Jawatankuasa
- Pengerusi: Nur Hidayah Bt Sharudin
- Setiausaha: Nurliyana Bt Mohd Noor
- Bendahari: Khairunnisa Bt Shamsuri
- AJK: Siti Faridah Bt Mansor
JADUAL PROGRAM :
Khamis: 3.00pm:Bertolak ke Sedim
5.00pm:Ice Breaking
5.30pm:Solat dan Bahagikan kumpulan
6.00pm:Mula memasang khemah &makan petang
7.00pm:Bersiap untuk solat Maghrib & Isyak
9.00pm:Tazkirah & ceramah motivasi
11.00pm:Aktiviti berkumpulan
1.00am:Tidur
Jumaat : 5.00am:bersiap untuk solat subuh&tazkirah
7.00am:sarapan pagi
7.30am:berkumpul untuk bersenam
9.00am:mula aktiviti(jungle tracking)
12.00pm:aktiviti ikhtiar hidup(memasak di hutan)
12.30 pm:makan tengah hari
1.00pm:bersiap untuk solat jumaat(lelaki)
2.00pm:cari peralatan untuk aktiviti berkayak
5.00pm:solat & aktiviti berkayak
7.00pm:bersiap solat maghrib,tazkirah &isyak
9.00pm:BBQ & persembahan berkumpulan
12.00pm:tidur
Sabtu: 5.00am:solat subuh
7.00am:sarapan
7.30am:senaman ringan
9.00am:belajar ikatan &retering kompas
12.00pm:makan tengah hari
2.00pm:solat & berkemas
3.00pm:balik
SUMBER KEWANGAN
- Yuran pelajar RM 50.00 X 24 orang = RM 1,200,00
- Peruntukan Wang Saku Pelajar RM 15.00 X 24 orang = RM 300.00
- Derma Perseorangan = RM 600,00
- Tabung kelab =RM 400,00
Jumlah = RM 2,500,00
ANGGARAN PERBELANJAAN
- Makan dan minum RM 30.00 X 24 orang = RM 720.00
- Anggaran tiket masuk (pelajar) RM 2.00 X 24 orang = RM 48.00
- Tempahan T-Shirt RM12.00 X 24 orang = RM 288,00
Jumlah = RM 1056,00
SASARAN
Pelajar-pelajar Kelab Rekreasi UITM Kedah
- Pelajar = 24 orang
- Pensyarah HSM225 = 3 orang
Jumlah Peserta = 27 orang
KANDUNGAN PROGRAM LAWATAN
1.Pendedahan tentang geografi dan alam sekitar
2.Menambahkan pengetahuan dalam aktiviti ini
AGENSI TERLIBAT
Pihak UITM Merbok Kedah Darul Aman..
PENUTUP
Oleh itu, Kelab Rekreasi(HSM 225)berharap agar segala usaha dan perancangan yang dilakukan untuk menjayakan program perkhemahan ke SEDIM,Kulim Kedah ini mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang terlibat dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya perkhemahan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di samping membuka minda pelajar-pelajar akan keindahan dan persekitaran yang penuh dengan kehijauan alam.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
……………………………………… ………………………………
( NURLIYANA BT MOHD NOOR ) (PN FARIDAH BT RAHMAN)
Setiausaha, Fasilitator
Kelab Rekreasi UITM Merbok,Kedah
Sungai Petani, Kedah. 08000 Sungai Petani, Kedah.
……………………………………… ………………………………
( NURLIYANA BT MOHD NOOR ) (PN FARIDAH BT RAHMAN)
Setiausaha, Fasilitator
Kelab Rekreasi UITM Merbok,Kedah
Sungai Petani, Kedah. 08000 Sungai Petani, Kedah.
Bertarikh : 4 july 2013